awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia, tindakan juruterbang dipuji
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor perkenal dasar perumahan mesra usahawan muda

Media Statement
Media Statement
23/08/2016
12:51 MYT
Selangor perkenal dasar perumahan mesra usahawan muda
Harga jualan setiap unit ditetapkan tidak melebihi RM250,000 selaras dengan Dasar Rumah Selangorku. Keluasan setiap unit adalah di antara 450 sehingga 550 kaki persegi. - Gambar hiasan
KERAJAAN Negeri Selangor bakal memperkenalkan Dasar Pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial dan Boutique Office Mampu Milik untuk menyediakan ruang perniagaan kepada golongan usahawan muda yang baru menceburi perniagaan dan tidak memerlukan ruang pejabat yang besar.
Dasar ini akan berkuatkuasa ke atas semua cadangan pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial dan Boutique Office baharu yang dikemukakan pemaju semasa peringkat kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan mulai 1 September tahun ini.
Keputusan yang diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lalu yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu meliputi Service Apartment, Small Office Home Office (SOHO), Service Apartment atau SOHO di kawasan Transit Oriented Development (TOD), Small Office Versatile Office (SOVO) atau Small Office Flexible Office (SOFO).
“Usahawan muda merupakan aset negara dan khususnya negeri Selangor yang merupakan penyumbang hasil negara yang terbesar.
“Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan dasar yang juga merupakan sebahagian daripada komitment berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan rumah mampu milik untuk golongan menengah dan bawah,” jelas Azmin Ali.
Di bawah dasar ini, komponen pembangunan kediaman mampu milik bagi keempat-empat jenis Pangsapuri Kediaman Komersial dan Boutique Office ini adalah di antara 10 hingga 30 peratus bergantung pada jumlah unit keseluruhan yang dibangunkan.
Harga jualan setiap unit ditetapkan tidak melebihi RM250,000 selaras dengan Dasar Rumah Selangorku. Keluasan setiap unit adalah di antara 450 sehingga 550 kaki persegi.
Dengan keutamaan kepada usahawan muda yang berumur tidak melebihi 40 tahun, mereka yang berminat untuk membeli unit ini perlu memenuhi syarat pendapatan tunggal atau bersama pasangan yang tidak melebihi RM15,000 sebulan.
Pembeli dan pemohon yang berminat juga hanya dibenarkan memiliki satu unit sahaja daripada unit-unit yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Maklumat lanjut dan pendaftaran bagi memiliki hartanah mampu milik ini boleh dilakukan dengan menghubungi LPHS.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#dasar perumahan
#Kerajaan Selangor
#service apartment
#usahawan muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan