awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Malaysia raih potensi jualan sebanyak RM96.58 juta pada PLMA 2017

Bernama
Bernama
29/05/2017
08:20 MYT
Syarikat Malaysia raih potensi jualan sebanyak RM96.58 juta pada PLMA 2017
Penyertaan Malaysia pada pameran itu diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (Matrade). - Gambar hiasan
Sembilan syarikat Malaysia meraih potensi jualan sebanyak RM96.58 juta pada pameran perdagangan antarabangsa, 'World of Private Label International Trade Show (PLMA) 2017' yang berlangsung di Amsterdam, Netherlands pada 16 dan 17 Mei.
Angka berkenaan meningkat 43 peratus berbanding RM67.63 juta yang dijana oleh 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun lepas.
Penyertaan Malaysia pada pameran itu diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (Matrade).
Di bawah kategori bukan makanan, syarikat Malaysia mempamerkan antaranya produk pembersihan rumah, produk penjagaan diri dan isirumah.
Syarikat Malaysia juga mengambil peluang bertemu bakal pembeli dari Netherlands, Belgium dan Turki, kata Pengarah Unit Gaya Hidup Matrade Abu Bakar Yusof.
Menurut Matrade, bahagian pasaran bagi jenama peruncit meningkat di 13 daripada 20 negara di Eropah dan peningkatan permintaan yang berterusan di negara-negara berkenaan menunjukkan terdapat potensi besar bagi syarikat Malaysia menerokanya.
PLMA merupakan pameran perdagangan runcit terkenal di Eropah di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk mendapatkan sumber bagi pasar raya dan gedung dari seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Yusof
#Matrade
#pameran perdagangan
#PLMA 2017
#potensi jualan
#syarikat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan