awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul ke Parlimen untuk bentang Bajet 2023

Bernama
Bernama
07/10/2022
07:17 MYT
Tengku Zafrul ke Parlimen untuk bentang Bajet 2023
Beliau memakai baju Melayu berwarna biru firus lengkap bersamping sambil memegang beg berwarna hitam yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 4 petang ini.
Sebelum itu Tengku Zafrul menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama kementerian.
Beliau memakai baju Melayu berwarna biru firus lengkap bersamping sambil memegang beg berwarna hitam yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023.
Turut mengiringi Tengku Zafrul ke Parlimen ialah kedua-dua timbalannya Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa.
Ketika ditanya kandungan Bajet 2023, Tengku Zafrul hanya bersenyum lebar kepada pengamal media.
Bajet 2023 dijangka meneruskan momentum pemulihan semasa selain memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.
Bertema 'Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia', bajet itu juga menyaksikan kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat, perniagaan serta ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kementerian Kewangan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan