awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul kekal bentang Bajet 2023

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/10/2022
08:24 MYT
Tengku Zafrul kekal bentang Bajet 2023
Sebelum ini, Tengku Zafrul turut membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022 ketika di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Bajet 2023 pada 7 Oktober depan kekal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Perkara itu sekali gus menafikan tanda tanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Bajet 2023 di Parlimen.
Pengesahan itu dibuat secara ringkas oleh Ismail Sabri ketika kepada pemberita selepas pertemuan bersama ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di ibu negara pada Sabtu.
Ketika ditanya pemberita siapa akan membentangkan Bajet 2023, Ismail Sabri berkata: "Menteri Kewangan bentang…,” katanya ringkas.
Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan akan membentangkan Bajet 2023 sekiranya Perlembagaan dan perundangan membenarkan beliau berbuat demikian.
"Perlu teliti dulu sama ada perkara itu dibenarkan mengikut Perlembagaan dan perundangan. Kalau tak boleh, maka tak bolehlah (saya) bentang. Kalau boleh, boleh dipertimbangkan.
"Apa-apa pun, kita tunggu nasihat Peguam Negara. Saya tak boleh bentang jika bertentangan," katanya dalam laporan sebelum ini.
Di Malaysia, pembentangan Bajet kebiasaannya dibentangkan oleh individu yang memegang jawatan Menteri Kewangan.
Sebelum ini, Tengku Zafrul turut membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022 ketika di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Tengku Zafrul bentang Bajet 2023
#ismail sabri yaakob
#PRU15 bubar Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan