awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Korea Utara dijangka tidak jejas pasaran serantau

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
06/01/2016
10:10 MYT
Tindakan Korea Utara dijangka tidak jejas pasaran serantau
Pengarah Pusat Seismologi Taiwan, Kuo Kai-Wen menunjukkan lokasi ujian bom hidrogen - Foto AFP
Pasaran serantau dijangka tidak terjejas susulan ujian bom hidrogen Korea Utara.
Menurut Ketua Strategi Phillip Capital, Phua Lee Kerk bagaimanapun pasaran China dan Korea Selatan dijangka terjejas susulan kedudukan geografi.
Phua berkata tindakan itu dilakukan Korea Utara bagi menarik perhatian Korea Selatan, Jepun dan China yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik.
“
Korea Utara berasa ketinggalan dengan hubungan diplomatik yang baik antara Korea Selatan, China dan Jepun.
”
- Phua Lee Kerk
“Korea Utara berasa ketinggalan dengan hubungan diplomatik yang baik antara Korea Selatan, China dan Jepun. Inilah punca tindakan yang diambil Korea Utara.
“Ini juga bagi menarik perhatian ketiga-tiga negara itu supaya mereka akan berbincang dengan Korea Utara seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
“Korea Utara sentiasa melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Menerusi tindakan ini, mereka hendak menunjukkan kuasa ketenteraannya.
“Korea Utara menunjukkan kemampuan mereka untuk mengeluarkan bom hidrogen, melancarkan peluru berpandu dan mereka juga mungkin akan menimbulkan ketegangan di zon bebas perang.“Tetapi, pada pendapat saya, mereka dijangka tidak menimbulkan ketidakstabilan serantau,” kata Phua.
Phua bagaimanapun menjangkakan tindakan tersebut tidak akan menimbulkan ketegangan melampau peringkat serantau.
Topic Berkaitan
#China
#Ketua Strategi Phillip Capital
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Phua Lee Kerk
#ujian bom hidrogen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan