awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM

Kenyataan Media
Kenyataan Media
08/02/2023
13:30 MYT
Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM. - Foto Facebook@UITM Shah Alam Malaysia
KUALA LUMPUR: Tmax, sebuah syarikat penyelesaian perisian perusahaan global terkemuka, berjaya memasang sistem pengurusan pangkalan data Tibero di lokasi pelayan (server) alternatif Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Projek ini dipacu dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data hubungan (RDBMS) iaitu Tibero dari Tmax yang amat serasi dengan pangkalan data utama di UiTM dan kedua-dua sistem pangkalan data berbeza diselaraskan secara masa sebenar melalui teknologi replikasi Change Data Capture (CDC).
Tibero membantu UiTM dalam penggunaan sumber yang optimum berkos rendah di samping dapat mempertingkatkan prestasi bagi sistem legasi yang sedia ada.
UiTM, sebuah universiti komprehensif terbesar di Malaysia, menghadapi cabaran dalam mencari penyelesaian yang boleh disesuaikan, boleh diakses dan diselaraskan untuk pangkalan data di lokasi alternatif.
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.
Oleh itu, sekiranya mengguna pakai perisian pangkalan data yang berbeza, penyelesaiannya memerlukan perisian yang serasi, berprestasi tinggi dan menyediakan keselarasan data real time untuk memastikan ketepatan dan konsistensi data.
Secara idealnya, Perisian Tibero memenuhi keperluan tersebut.
Pelaksanaan pangkalan data Tibero mengurangkan jumlah pelaburan kos UiTM sebanyak 70 peratus daripada aspek Capex (kos lesen) dan Opex (kos penyelenggaraan), tanpa menjejaskan prestasi, produktiviti dan kebolehpercayaan.
UiTM juga akan dapat menggunakan sepenuhnya ciri-ciri yang terdapat dalam perisian Tibero tanpa sebarang kos tambahan.
Akhirnya, UiTM juga boleh meningkatkan persekitaran perlindungan datanya pada kos yang minimum.
Tibero juga mempunyai keupayaan untuk menampung beban kerja yang kritikal dengan prestasi tinggi serta mempunyai ciri-ciri pangkalan data kelas terbaik seperti Tibero Active Cluster (TAC), Tibero Standby Cluster (TSC) dan Tibero Active Storage (TAS).
Oleh itu, Tibero menjadi pangkalan data pilihan untuk projek ini, kerana ia mudah dinavigasi, menyediakan keserasian aplikasi tanpa pengubahsuaian yang besar, dan multi-threaded untuk memaksimumkan prestasi.
Tmax baru-baru ini telah melancarkan Tibero 7 di pasaran dengan fungsi baharu yang dipertingkatkan.
Pelbagai inovasi telah ditambah untuk mencerminkan permintaan pasaran dengan kaedah pembangunan aplikasi baharu.
Fungsi yang baru ditambah termasuk TSC untuk high availability dan pengurusan operasi, ‘Stor Lajur Dalam Memori’ untuk analisis data berprestasi tinggi, dan ‘Fine Grain Auditing’ untuk mengukuhkan kawalan akses dan rekod.
Menurut Penolong Naib Canselor (Infostruktur) UiTM, Profesor Madya Ir. Juliana Johari, pelaksanaan Tibero meningkatkan imej universiti dan mempercepatkan lagi transformasi digitalnya melalui peningkatan kualiti perkhidmatan IT yang disediakan.
"UiTM amat berpuas hati dengan projek ini kerana penyelesaian pangkalan data lokasi alternatif akan menjimatkan kos.
"Migrasi ke Tibero dari sistem pangkalan data utama universiti sedia ada telah berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar dengan sokongan daripada Tmax dan rakan kongsi.
"Kesemua data dapat diselaraskan dalam real time di persekitaran pangkalan data yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan SEA-ANZ Tmax Singapore Pte Ltd, David Kim berkata projek itu merupakan satu kejayaan untuk Tibero selaras dengan amalan baik dalam sektor pendidikan di seluruh negara.
"Pasaran ASEAN, termasuk Malaysia, adalah sangat penting untuk perniagaan Tmax di peringkat global.
"Kami sangat gembira dapat memberikan penyelesaian hebat kepada UiTM yang membantu mereka menyelesaikan cabaran yang mereka hadapi dalam sistem IT," katanya dalam kenyataan sama.
Ditubuhkan di Korea Selatan, Tmax ialah inovator perisian global yang memfokuskan pada rangkaian awan, infrastruktur dan pemodenan sistem legasi, yang menyediakan penyelesaian perisian lengkap untuk membantu pelanggan mengurus dan memanfaatkan sepenuhnya data kritikal dengan cekap.
Tmax secara aktif merintis dalam pasaran tempatan dan luar negara dengan teknologi perisian dan kepakarannya yang cemerlang.
Berpusat di Amerika Syarikat sebagai ibu pejabat globalnya, Tmax telah mengembangkan perniagaannya ke negara-negara di rantau Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.
Topic Berkaitan
#UiTM
#sistem pangkalan data
#Tmax
#Tibero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan