awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang di-Pertuan Agong kini miliki 12.4% ekuiti di dalam Citaglobal Berhad

Dagang News
Dagang News
20/09/2022
02:10 MYT
Yang di-Pertuan Agong kini miliki 12.4% ekuiti di dalam Citaglobal Berhad
Syarikat Citaglobal berhasrat menjadi sebuah konglomerat yang terbabit dalam sektor pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan teknologi. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meningkatkan pegangan dalam Citaglobal Bhd, syarikat senaraian awam yang terbabit dalam industri kejuruteraan sivil, pembinaan, minyak dan gas (O&G) serta pembuatan.
Al-Sultan Abdullah kini menguasai kepentingan 12.4 peratus, meningkat daripada 9.0 peratus sebelum ini, menurut laporan Berita Harian.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Al-Sultan Abdullah memiliki kepentingan langsung sejumlah 132,118,593 unit saham dalam syarikat yang mula diperbadankan atas nama Weng Zheng Resources Bhd dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 Januari 2008.
Syarikat turut memiliki unit operasi utama iaitu Citaglobal Land Sdn Bhd, Sinergi Dayang Sdn Bhd, Citaglobal Energy Sdn Bhd dan WZS Industries Sdn Bhd.
Pada 7 Jun lalu, kumpulan itu menukar nama kepada Citaglobal Bhd sebagai memberi gambaran yang lebih baik mengenai skop perniagaan yang bergerak ke hadapan.
Menurut laman web rasmi Citaglobal, syarikat itu berhasrat menjadi sebuah konglomerat yang terbabit dalam sektor pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan teknologi.
Citaglobal dipimpin oleh Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden dan Pengerusi Eksekutif bersama Naib Pengerusi Eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Uzir Tengku Ubaidillah. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Citaglobal Bhd
#saham dalam syarikat
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan