awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 terbunuh dalam serangan tentera Israel di Hospital Indonesia di Gaza

Bernama
Bernama
20/11/2023
10:18 MYT
12 terbunuh dalam serangan tentera Israel di Hospital Indonesia di Gaza
Sejak Israel mula mengebom Gaza pada 7 Okt lepas, sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 9,000 wanita dan kanak-kanak. - Foto Reuters
BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan wilayah itu.
Menurut kementerian berkenaan, nyawa beribu-ribu pesakit, kakitangan perubatan dan penduduk yang dipindahkan berada dalam risiko akibat pengeboman berterusan ke atas Hospital Indonesia itu.
Agensi Berita Palestin Wafa, sebelum ini melaporkan bahawa lapan orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas hospital berkenaan.
Terdapat 150 pesakit, 100 kakitangan perubatan dan beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal berada di kemudahan itu.
Saksi berkata serangan oleh tentera penceroboh Israel menyebabkan hospital berkenaan terputus bekalan elektrik selepas generatornya tidak dapat berfungsi.
Sejak Israel mula mengebom Gaza pada 7 Okt lepas, sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 9,000 wanita dan kanak-kanak manakala lebih 30,000 lagi cedera, menurut angka terkini.
Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid dan gereja turut rosak atau musnah akibat serangan udara dan darat yang berterusan.
Sekatan Israel juga menyebabkan Gaza terputus bekalan bahan api, elektrik dan air serta penghantaran bantuan berkurangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Indonesia
#serangan Israel
#Gaza
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan