awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Itali

Bernama
Bernama
18/11/2025
01:30 MYT
2 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Itali
Cuaca buruk turut menyebabkan banjir dan kerosakan di seluruh Wilayah Friuli Venezia Giulia. - Foto media sosial
ROM: Dua individu masih hilang pada Isnin selepas tanah runtuh melanda sebuah kediaman di bandar Brazzano di Cormons, utara Itali, ketika hujan lebat berterusan melanda Wilayah Friuli Venezia Giulia dan mencetuskan pengisytiharan darurat, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang mangsa daripada runtuhan, menurut agensi berita ANSA.
Cuaca buruk turut menyebabkan banjir dan kerosakan di seluruh wilayah berkenaan.
Di Romans d'Isonzo, penduduk terpaksa memanjat bumbung rumah selepas air sungai melimpah, memaksa ratusan orang dipindahkan.
"Keadaannya amat mencabar," kata ketua perlindungan awam wilayah, Riccardo Riccardi sambil menjelaskan bahawa pihak berkuasa sedang menyediakan pusat pemindahan sementara untuk kira-kira 300 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#cuaca buruk
#Itali
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan