awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 maut terperangkap dalam kenderaan akibat salji tebal

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2022
23:45 MYT
22 maut terperangkap dalam kenderaan akibat salji tebal
Anggota tentera ketika dalam operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam salji tebal. -REUTERS
MURREE: Sekurang-kurangnya 22 individu terkorban selepas terperangkap di dalam kenderaan akibat salji tebal yang turun semalaman di bandar peranginan Gunung Murree di Pakistan.
Korban terdiri daripada 10 lelaki, 10 kanak-kanak dan dua wanita.
Pegawai polis Islamabad, Atiq Ahmed berkata, suhu turun kepada -8° Celsius, pada Sabtu.
Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat hipotermia.
Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid Ahmed berkata ribuan kenderaan telah ditarik keluar dari salji tetapi lebih 1,000 masih tersangkut di kawasan itu.
BACA: Sekurang-kurangnya 16 maut terkandas dalam salji di Pakistan
Terletak 45 kilometer di utara ibu kota Islamabad, Murree merupakan resort musim sejuk popular yang menarik lebih sejuta pelancong setiap tahun.
Jalan-jalan menuju ke bandar sering disekat oleh salji pada musim sejuk.
Pegawai penyelamat tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa korban namun berkata operasi menyelamat sedang dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#salji
#maut
#terperangkap
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan