awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 diselamat selepas kapal Indonesia terbalik berhampiran Pedra Branca

Bernama
Bernama
20/05/2025
10:25 MYT
30 diselamat selepas kapal Indonesia terbalik berhampiran Pedra Branca
Kesemua 30 kru kapal Facific Memory II berjaya diselamatkan selepas kapal itu terbalik berhampiran Pedra Branca pada pagi Selasa. - Gambar fail/ Reuters
SINGAPURA: Kesemua 30 orang yang berada di atas kapal berdaftar di Indonesia, Facific Memory II berjaya diselamatkan daripada perairan berhampiran Pedra Branca pada Selasa, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Ringkasan AI
  • Kesemua 30 kru kapal Facific Memory II berjaya diselamatkan selepas kapal itu terbalik berhampiran Pedra Branca pada pagi Selasa.
  • Operasi menyelamat diselaraskan oleh MRCC Singapura, dengan bantuan kapal Andros Spirit yang menyelamatkan semua mangsa dari laut.
  • Mangsa akan dibawa ke Batam, Indonesia, dan pihak berkuasa Indonesia serta Malaysia telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) yang dikendalikan oleh MPA menerima maklumat pada kira-kira 7.20 pagi yang kapal itu terbalik, kira-kira 14.6 batu nautika timur laut Pedra Branca, dalam Kawasan Mencari dan Menyelamat Maritim Singapura.
MRCC Singapura, yang menyelaras operasi mencari dan menyelamat, segera mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal di kawasan berhampiran untuk memberikan bantuan.
"MRCC Singapura mengarahkan kapal pengangkut pukal berdaftar di Liberia, Andros Spirit, untuk menyelamatkan mangsa yang berada di dalam air.
"Kapal itu tiba di lokasi tidak lama kemudian dan berjaya menyelamatkan kesemua 30 individu yang berada di atas Facific Memory II," menurut kenyataan itu.
Kesemua individu yang diselamatkan akan dibawa ke Batam, Indonesia.
MRCC Singapura turut memaklumkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan MRCC Malaysia mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pedra Branca
#kapal terbalik
#Indonesia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami