awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 cedera dalam letupan stesen minyak di Rom, Itali

Bernama
Bernama
04/07/2025
23:45 MYT
45 cedera dalam letupan stesen minyak di Rom, Itali
Kepulan asap kelihatan selepas sebuah stesen minyak meletup di pinggir Rom, Itali, 4 Julai 2025. REUTERS
ROM: Jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 45 orang susulan letupan kuat di sebuah stesen minyak di timur Rome pada pagi Jumaat, menurut laporan terkini media Itali, lapor Xinhua.
Agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa mangsa yang cedera termasuk 12 anggota polis, enam anggota bomba dan tiga anggota penyelamat kecemasan yang tiba di lokasi selepas letupan kecil pertama berlaku.
Beberapa letupan susulan berlaku tidak lama selepas itu.
Dua mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan alat sokongan hayat, manakala enam lagi berada dalam kategori "kod merah" iaitu tahap kecemasan perubatan tertinggi dalam sistem kesihatan Itali.
Letupan berlaku di sebuah stesen minyak di Via Gordiani, Daerah Prenestino, Rom.
Siasatan awal oleh jabatan bomba tempatan mendapati letupan mungkin berpunca daripada satu pam bahan api yang tertanggal daripada sebuah lori tangki.
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#stesen minyak
#Itali
#lori tangki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan