awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hostel di Hong Kong

Bernama
Bernama
01/01/2014
23:11 MYT
5 rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hostel di Hong Kong
Hong Kong - Gambar Fail
Kementerian Luar pada hari Rabu telah mengesahkan lima pelancong Malaysia adalah antara 25 orang yang dilapor cedera dalam kebakaran di Yesinn Hostel, Hong Kong Ahad lepas.
Mereka ialah Wong Kang Chi, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Queen Mary Hospital, Pok Lam Road; Phuah Kien Sing dan Lee Chiang Choon (dimasukkan ke Ruttonjee Hospital, Daerah Wanchai); dan Kung Shin Tyan dan Tin Kam Mei (dimasukkan ke Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital).
Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong telah memaklumkan kepada keluarga mangsa tentang kejadian itu dan bersiap sedia untuk memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka.
Pihak konsulat berhubung dengan pihak berkuasa Hong Kong dan hospital terbabit untuk memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.
Kebanyakan yang cedera itu adalah pelancong dari Malaysia dan Singapura yang menginap di unit kediaman dan rumah tumpangan hotel bajet berkenaan di Cheung Hong Street, North Point District.
Topic Berkaitan
#cedera
#Hong Kong
#kebakaran
#Kementerian Luar
#Malaysia
#pelancong
#Yesinn Hostel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan