awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 maut dalam tragedi jambatan gantung runtuh di India

Agensi
Agensi
30/10/2022
16:43 MYT
60 maut dalam tragedi jambatan gantung runtuh di India
Jambatan sepanjang 230 meter itu dibina ketika pemerintahan British di India pada abad ke-19. - Gambar/ Reuters
GUJARAT: Sekurang-kurangnya 60 orang maut selepas sebuah jambatan gantung runtuh di Gujarat, India Barat, pada Ahad.
Ratusan orang terjun ke dalam Sungai Macchu selepas jambatan gantung itu mula runtuh seterusnya tenggelam.
Memetik laporan CNN, seramai 400 orang berada di lokasi kejadian dan pihak berkuasa dalam usaha menyelamatkan mangsa.
Difahamkan, kejadian berlaku beberapa hari selepas jambatan itu dibuka semula selepas dibaik pulih.
Jambatan sepanjang 230 meter itu dibina ketika pemerintahan British di India pada abad ke-19.
Video menunjukkan suasana huru-hara apabila orang ramai cuba menyelamatkan diri selepas jatuh ke dalam air.
Sementara itu, sebuah video menunjukkan orang ramai memanjat lebihan wayar jambatan menyelamatkan diri dari lemas. Pasukan penyelamat dari daerah lain turut dihantar ke tempat kejadian untuk membantu usaha menyelamat.
Dalam masa sama, Perdana Menteri India Narendra Modi yang berada di Gujarat dalam lawatan tiga hari, berkata amat sedih dengan tragedi itu serta mengumumkan pampasan untuk mangsa yang cedera serta waris mereka yang meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#jambatan runtuh
#India
#Gujarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan