awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

88 peratus wilayah Gaza kini dikuasai Israel

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2024
01:40 MYT
88 peratus wilayah Gaza kini dikuasai Israel
Orang awam sendiri tidak tahu di mana mereka akan berlindung apabila tentera rejim mengeluarkan arahan perpindahan. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah Gaza kini ditawan Israel dengan 2.3 juta penduduk sukar mencari tempat perlindungan setelah tentera rejim mengarahkan pemindahan serta-merta.
Menurut agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, ini menyaksikan hanya tinggal 12 peratus kawasan untuk mangsa perang mencari tempat selamat.
Pemangku Pengarah OCHA, Joyce Msuya berkata, orang awam sendiri tidak tahu di mana mereka akan berlindung apabila tentera rejim mengeluarkan arahan perpindahan.
Katanya dalam satu taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), arahan perpindahan yang dikeluarkan tanpa mengira masa telah melanggar keperluan undang-undang kemanusiaan antarabangsa sehingga mendorong semua berfikir bahawa tiada lagi rasa kemanusiaan di Gaza.
Kenyataan Msuya itu dibuat selepas PBB terpaksa menghentikan pergerakan bantuan kakitangannya di Gaza Isnin lalu berikutan arahan pemindahan baharu Israel di kawasan Deir Al-Balah, yang menjadi pusat operasi OCHA.
Beliau juga mempersoalkan dimanakah nilai kemanusian Israel selepas pasukan bantuan antarabangsa itu sukar menjalankan operasi bantuan di Gaza ekoran serangan berterusan daripada tentera negara tersebut.
Msuya berkata, keadaan yang tidak menentu di Gaza menyebabkan pasukannya gagal merancang jadual perjalanan dalam tempoh 24 jam kerana tidak pasti dengan jenis bantuan yang dimiliki, bila mereka akan memperolehnya atau di mana mereka perlu menghantarnya.
Beliau berkata, situasi di Gaza begitu menghibakan di mana orang awam kelaparan, dahaga dan sakit.
Bukan sahaja itu, mereka juga tiada tempat tinggal sehingga apa yang ditanggung itu sangat menyedihkan.
Perang dilancarkan Israel terhadap kumpulan pejuang Hamas sejak Oktober tahun lalu mengakibatkan lebih 40,000 kematian penduduk Palestin, namun sehingga kini rundingan gencatan senjata masih menemui jalan buntu.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#perang
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan