awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 rakyat Palestin cedera di Tebing Barat

Bernama
Bernama
02/09/2023
05:30 MYT
9 rakyat Palestin cedera di Tebing Barat
Tentera Israel campur tangan dengan menyerang menggunakan peluru hidup dan bersalut getah, gas pemedih mata dan kadangkala air berbau busuk bercampur bahan kimia. - Gambar fail/ AP
RAMALLAH: Sembilan orang cedera pada Jumaat susulan campur tangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang mengadakan protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, menurut kenyataan Jawatankuasa Penentangan Popular Kfar Qaddum.
Rakyat Palestin bertindak balas di Tebing Barat terhadap ancaman pembinaan penempatan Yahudi di Beit Dajan dan Kfar Qaddum, dan Beyt Dajan di timur Nablus, lapor Anadolu.
Tujuh rakyat Palestin cedera akibat terkena peluru logam bersalut getah manakala berpuluh-puluh rakyat Palestin terjejas akibat gas pemedih mata, menurut kumpulan itu.
Rakyat Palestin mengadakan bantahan setiap Jumaat terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi.
Tentera Israel campur tangan dengan menyerang menggunakan peluru hidup dan bersalut getah, gas pemedih mata dan kadangkala air berbau busuk bercampur bahan kimia.
Di Semenanjung Gaza, satu demonstrasi telah dianjurkan bagi menyokong tahanan Palestin di penjara Israel dan Masjid Al-Aqsa.
Mengikut undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#rakyat Palestin
#Tebing Barat
#keganasan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan