awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 warga Britain sah terbunuh setakat ini - Jurucakap Rishi Sunak

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2023
21:30 MYT
9 warga Britain sah terbunuh setakat ini - Jurucakap Rishi Sunak
Rishi Sunak berkunjung ke Israel pada Khamis di mana beliau bertemu dengan rakan sejawatannya, Benjamin Netanyahu. - Foto fail/REUTERS
JUMLAH warga Britain yang terbunuh dalam perang Palestin-Israel meningkat kepada sembilan mangsa setakat ini.
Menurut jurucakap Perdana Menteri, Rishi Sunak pada Khamis, setakat Rabu tujuh warganya turut dilaporkan masih gagal dikesan sejak serangan yang berlaku pada 7 Oktober lalu itu.
"Kita sekarang dapat mengesahkan sekurang-kurangnya sembilan warga Britain terbunuh.
"Selebihnya tujuh rakyat kita, dikhuatiri terkorban atau dijadikan tebusan," kata beliau.
Kerajaan United Kingdom turut memaklumkan bahawa antara warganya yang terbunuh termasuk seorang remaja, anggota tentera dan orang awam yang melawat Israel serta seorang pengawal keselamatan.
Sementara itu, Perdana Menteri Rishi Sunak mengekalkan pendirian memberi sokongan terhadap Israel dalam situasi yang berlaku ketika ini.
Perkara itu sekali lagi ditegaskan beliau ketika melakukan kunjungan ke negara berkenaan pada Khamis di mana beliau bertemu dengan rakan sejawatannya, Benjamin Netanyahu.
"Saya di sini untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat Israel.
"Anda sengsara dengan keganasan dan saya ingin anda tahu bahawa United Kingdom berdiri teguh bersama anda," katanya sejurus tiba di Israel.
Selain Netanyahu, beliau turut melakukan pertemuan bersama Presiden Israel, Isaac Herzog.
Setakat ini, korban di Gaza akibat serangan zionis Israel meningkat kepada 3,785, dengan lebih 12,000 rakyat Palestin cedera.
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#Palestin-Israel
#perang
#korban
#Perdana Menteri Rishi Sunak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan