awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi berita Rusia mohon maaf terbitkan kuiz tentang tragedi MH17

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2015
09:34 MYT
Agensi berita Rusia mohon maaf terbitkan kuiz tentang tragedi MH17
Kuiz berkenaan mempunyai gambar-gambar bangkai pesawat MH17 dan juga acara pengebumian mangsa-mangsa.
AGENSI berita Rusia RIA Novosti memohon maaf atas kuiz atas talian mengenai nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang diterbitkannya pada 17 Julai.
Kuiz berkenaan mempunyai gambar-gambar bangkai pesawat MH17 dan juga acara pengebumian mangsa-mangsa.
Ia juga mempunyai soalan tentang tragedi berkenaan dan siapa bertanggungjawab kepada kawasan tragedi pesawat sebelum kedatangan pakar penerbangan.
Lapor Asia Times, kuiz berkenaan dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggap kuiz berkenaan tidak sensitif.
Mereka juga telah memadamkam kuiz berkenaan.
RIA Novosti kemudian memohon maaf menerusi Twitter dan berkata pengarang yang bertanggungjawab untuk kuiz berkenaan telah digantung kerja.
Agensi tersebut menulis dalam bahasa Rusia yang diterjemah dengan maksud, "Kuiz yang mengenai pesawat Boeing MH17 telah pun dipadamkan oleh RIA. Pengarang bertanggungjawb telah digantung kerja. Kami memohon maaf kepada pembaca dan turut bersedih dengan apa yang menimpa keluarga mangsa."
Tambah agensi berkenaan di laman Facebook mereka pula, pihak yang bertanggungjawab atas kuiz berkenaan boleh dipecat setelah siasatan dalaman dijalankan.
Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh ketika melalui kawasan udara sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Topic Berkaitan
#kuiz
#Malaysia Airlines
#MH17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan