awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI buatan Rusia bantu kesan lebih 120 kanak-kanak hilang - Pembangun

Bernama
Bernama
22/12/2025
21:00 MYT
AI buatan Rusia bantu kesan lebih 120 kanak-kanak hilang - Pembangun
Sepanjang setahun lepas sahaja, AI NtechLab membantu menemukan 120 kanak-kanak hilang di wilayah itu dan mengenal pasti hampir 3,000 penjenayah. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Kecerdasan buatan (AI) buatan Rusia membantu mengesan lebih 120 kanak-kanak yang dilaporkan hilang serta mengenal pasti hampir 3,000 individu yang disyaki penjenayah di Wilayah Novosibirsk, Rusia pada 2025, menurut pembangunnya, NtechLab, pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Penyelesaian analitis video kami digunakan di Wilayah Novosibirsk selama beberapa tahun. Sepanjang setahun lepas sahaja, AI NtechLab membantu menemukan 120 kanak-kanak hilang di wilayah itu dan mengenal pasti hampir 3,000 penjenayah. Kami merancang untuk memperkukuh kerjasama dengan Wilayah Novosibirsk pada masa hadapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif NtechLab Alexey Palamarchuk.
Sehingga kini, kira-kira 1,400 kamera disambungkan kepada sistem analitis video biometrik di wilayah itu dengan perancangan untuk memperluaskan penggunaan AI itu kepada 2,200 kamera menjelang 2026, kata Timbalan Ketua Kementerian Pembangunan Digital tempatan Anton Loshakov.
"Rangkaian neural ini menggunakan kamera yang dipasang di tempat awam yang sesak seperti kemudahan infrastruktur pengangkutan, jalan raya dan dataran, institusi kerajaan termasuk pusat perubatan, kemudahan sukan serta pusat beli-belah," katanya.
Penyelesaian itu digunakan di Wilayah Novosibirsk sejak 2023. Algoritma berkenaan menganalisis aliran video daripada kamera bandar dan membolehkan pengesanan serta penentuan lokasi individu hilang atau penjenayah berpotensi dilakukan dalam masa sesaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AI buatan Rusia
#kesan kanak-kanak hilang
#NtechLab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan