awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Pengurangan Inflasi AS: Korea Selatan, EU ikrar kerjasama

Bernama
Bernama
02/12/2022
06:59 MYT
Akta Pengurangan Inflasi AS: Korea Selatan, EU ikrar kerjasama
Persetujuan dicapai di mesyuarat Menteri Perdagangan Korea Selatan Ahn Duk-geun dan Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis di Brussels.
SEOUL: Korea Selatan dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kesepakatan untuk bekerjasama berhubung undang-undang baharu Amerika Syarikat (AS) yang mengecualikan insentif cukai ke atas kenderaan elektrik yang dipasang di luar Amerika Utara, lapor Yonhap.
Konsensus itu dicapai di mesyuarat Menteri Perdagangan Korea Selatan Ahn Duk-geun dan Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis di Brussels pada 30 November, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga pada Khamis.
Akta Pengurangan Inflasi (IRA) yang ditandatangani Presiden AS Joe Biden pada Ogos, memperuntukkan sehingga AS$7,500 dalam bentuk kredit cukai kepada pembeli EV yang dipasang hanya di Amerika Utara.
Langkah itu mencetuskan kebimbangan bahawa Korea Selatan dan beberapa pembuat kereta Eropah akan kehilangan tempat di pasaran AS kerana mereka membuat EV di kilang domestik untuk dieksport ke AS.
Semasa mesyuarat itu, Ahn mencadangkan usaha bersama untuk menangani kebimbangan mengenai IRA dan menyelesaikan segera perkara berkenaan.
Pada Khamis, pegawai EU menerusi Twitter berkata: "kedua-dua pihak membincangkan kebimbangan kami...dan bersetuju untuk menyelaraskan usaha untuk memulihkan keadilan."
Media asing melaporkan Biden pada Khamis mengakui bahawa undang-undang itu mungkin akan mewujudkan "gangguan".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Kesatuan Eropah
#Inflasi
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan