awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktres Angelina Jolie kunjungi kem pelarian di Burkina Faso

Bernama
Bernama
21/06/2021
11:32 MYT
Aktres Angelina Jolie kunjungi kem pelarian di Burkina Faso
Jolie berkata masyarakat antarabangsa menangani masalah pelarian secara "tidak menentu" dan "tidak adil". - Foto REUTERS
MOSCOW: Pelakon Hollywood dan Utusan Khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) Angelina Jolie melawat kem pelarian di Burkina Faso sempena Hari Pelarian Sedunia, lapor Sputnik memetik UNHCR.
"Saya terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka yang saya temui di Burkina Faso. Saya di sini untuk menunjukkan solidariti dengan penduduk di sini, yang sentiasa bersedia menerima kehadiran saudara mereka yang terpaksa menjadi pelarian disebabkan keganasan atau serangan di tempat asal mereka," kata Jolie.
Utusan itu melawat kem Goudoubo di Timur Laut negara itu.
Aktres itu turut berkata 82 juta orang di seluruh dunia kini terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan sepanjang 20 tahun bersama UNHCR keadaan itu semakin membimbangkan.
"Hakikatnya, kita belum pun melakukan separuh daripada apa yang sepatutnya dan harus mencari jalan keluar agar mereka boleh pulang ke tempat asal mereka," tambah utusan khas itu.
Jolie berkata masyarakat antarabangsa menangani masalah ini "tidak menentu" dan "tidak adil"
Burkina Faso dibanjiri dengan pelarian dari wilayah Sahel di barat dan tengah Afrika. Sejak 2019, lebih 1.2 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Pembiayaan UNHCR di Burkina Faso adalah antara yang paling sedikit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#Hollywood
#pelarian
#Hari Pelarian
#UNHCR
#PBB
#Burkina Faso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan