awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu

Bernama
Bernama
11/01/2024
06:15 MYT
Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu
Insiden panel tingkap kabin pesawat Alaska Airlines yang tercabut pada Jumaat lalu. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Alaska Airlines pada Rabu mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu, lapor Agensi Berita Anadolu (AA).
Pengumuman itu dibuat sementara menunggu dokumentasi daripada Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) untuk memudahkan pemeriksaan ke atas pesawat 737-9 MAX, susulan insiden panel tingkap kabin pesawat tercabut pada Jumaat lalu.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata setakat Rabu pagi pihaknya telah memutuskan untuk membatalkan semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu (13 Jan).
"Kami berharap tindakan itu dapat memberikan pengguna lebih kepastian dan kami sedang berusaha untuk menempatkan pengguna yang terjejas ke penerbangan lain.
"Pihak kami kesal dengan gangguan itu yang telah menyebabkan pengguna menghadapi kesulitan...," menurut kenyataan itu.
Insiden itu telah menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas di Oregon Amerika Syarikat (AS).
Pada Sabtu, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan larangan sementara untuk kira-kira 171 pesawat Boeing 737 MAX-9 bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alaska Airlines
#Batal penerbangan
#Boeing
#Boeing 737 MAX-9
#tingkap tercabut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan