awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500

Bernama
Bernama
05/04/2026
05:27 MYT
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Suri rumah Siti Hajartul Haini Abd Hamid dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - foto Bernama
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap lapan pertuduhan penipuan tempahan barang emas tidak wujud membabitkan kerugian RM173,500 dua tahun lepas.
Siti Hajartul Haini Abd Hamid, 39, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.
Tertuduh didakwa menipu seorang wanita berusia 55 tahun dengan memperdaya mangsa memasukkan wang ke dalam akaun bank tertuduh di Kampung Mani Mukim Belimbing Kanan di Padang Terap, dari 2 Jun 2024 hingga 16 Ogos 2024.
Mangsa diperdaya memasukkan wang berjumlah RM173,500 ke dalam akaun milik tertuduh menerusi beberapa transaksi dan mangsa tidak akan menyerahkannya jika tidak diperdayakan.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Ku Nur Farahi Eliana Ku Abd Razak.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain memerintahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah yang diberitahu Siti Hajartul Haini juga pernah didakwa di Kuala Lumpur dan Putrajaya, menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#tipu
#emas
#diperdaya
#Suri Rumah
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan