awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat hilang 9.7 juta hektar kawasan semula jadi dalam tempoh 16 tahun

Agensi
Agensi
07/08/2019
01:00 MYT
Amerika Syarikat hilang 9.7 juta hektar kawasan semula jadi dalam tempoh 16 tahun
AS sendiri sudahpun kehilangan kawasan semula jadi seluas sembilan taman negara Grand Canyon, atau 24 juta ekar (9.7 juta hektar), antara tahun 2001 hingga 2017. - Reuters
NAMPAKNYA Amerika Syarikat (AS) tidak perlu lagi asyik menuding jari menyalahkan negara lain berkaitan isu penyusutan kawasan semula jadi seperti hutan. Negara pimpinan Donald Trump itu perlu melihat ke dalam sempadannya sendiri.
Sehingga kini, AS sendiri sudahpun kehilangan kawasan semula jadi seluas sembilan taman negara Grand Canyon, atau 24 juta ekar (9.7 juta hektar), antara tahun 2001 hingga 2017.
Semua itu disebabkan beberapa faktor seperti pembangunan sumber tenaga, perumahan dan lain-lain faktor manusia, sekali gus membuatkan negara itu lebih terdedah terhadap impak perubahan iklim, menurut sebuah laporan.
Kajian yang dilakukan pusat pemikir Center for American Progress bertajuk "How Much Nature Should America Keep" (Berapa Banyak Kawasan Semula Jadi Perlu Amerika Simpan?) menyatakan, AS perlu meletakkan sasaran untuk melindungi 30 peratus daripada tanah dan lautnya menjelang tahun 2030 untuk menangani masalah penyusutan kawasan semula jadi.
Langkah itu penting demi menyelamatkan rakyatnya daripada terjejas dengan perubahan iklim, selain menghindari kepupusan hidupan liar.
Laporan itu cuba mengira kadar kehilangan tanah semula jadi dengan menilai impak pengeluaran minyak dan gas, pembinaan jalan raya, perumahan, pertanian dan aktiviti-aktiviti manusia yang lain.
Sekarang ini, sekitar 12 peratus tanah AS sudah diwarta sebagai taman negara, tanah gersang, dan beberapa jenis kawasan terlindung, manakala 26 peratus kawasan perairan AS kini dilindungi daripada aktiviti cari gali minyak dan gas.
"Amerika Syarikat kini memasuki era yang membuatkannya sangat bergantung pada integriti dan kestabilan alam semula jadi demi membekalkan kemakmuran ekonomi, menjaga kesihatan komuniti, dan persediaan berepan iklim yang berubah,” kata laporan itu.
Penyusutan kawasan semula jadi peling teruk di AS berlaku di sebelah selatan dan barat tengah memandangkan terdapat banyak perancangan pembangunan bandar, ladang, jalan raya, loji jana kuasa, dan pembangunan lain yang mengambil keluasan tanah sehingga 47 peratus hingga 59 peratus.
Topic Berkaitan
#aktiviti manusia
#alam sekitar
#alam semula jadi
#Amerika Syarikat
#pembangunan
#pencerobohan hutan
#perubahan iklim
#Taman Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan