awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban serangan udara Israel di Lubnan meningkat hampir 500

Bernama
Bernama
24/09/2024
00:00 MYT
Angka korban serangan udara Israel di Lubnan meningkat hampir 500
Kepulan asap kelihatan susulan serangan berterusan antara tentera Israel dan Hizbullah, di Tyre, selatan Lubnan, 23 Sept 2024. - REUTERS
ANKARA: Angka korban akibat serangan udara Israel di selatan dan timur Lubnan pada Isnin meningkat kepada 492 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan.
Seramai 58 wanita dan 35 kanak-kanak antara yang terkorban, selain 1,645 orang cedera, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan.
Menteri Kesihatan Firas Abiad berkata sebelum ini, serangan udara Israel memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari selatan Lubnan ke arah utara, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan sempadan.
Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan mereka telah membuka sekolah dan institusi lain bagi menempatkan orang awam akibat serangan udara Israel di selatan negara itu.
Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri Bassam Mawlawi berkata beliau mengarahkan para gabenor untuk bekerjasama sepenuhnya dengan proses pemindahan besar-besaran dari wilayah selatan.
Tentera Israel pada Isnin mendakwa bahawa mereka menyerang lebih 1,100 sasaran Hezbollah di selatan dan timur Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.
Lebih 1,400 jenis peluru digunakan tentera Israel dalam 650 serangan udara melalui jet pejuang mereka di Lubnan.
Hizbullah dan Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan sejak permulaan perang Israel di Gaza, yang kini meragut lebih 41,400 nyawa.
Masyarakat antarabangsa memberi amaran mengenai serangan di Lubnan, yang meningkatkan risiko konflik Gaza untuk merebak ke peringkat serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hizbullah
#serangan udara
#Israel
#lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan