awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah akan adakan pertemuan dengan Aung San Suu Kyi mengenai isu Rohingya

Bernama
Bernama
29/11/2016
08:49 MYT
Anifah akan adakan pertemuan dengan Aung San Suu Kyi mengenai isu Rohingya
Menurut Reezal, pertemuan dengan Suu Kyi (gambar) itu akan diadakan secepat mungkin dan Malaysia meminta kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut. - Foto REUTERS/Soe Zeya Tun
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi berhubung penghapusan etnik Rohingya yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di negara itu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin dan Malaysia meminta kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut.
Katanya seorang pegawai kanan Wisma Putra telah mengadakan perjumpaan dengan duta besar Myanmar untuk menyampaikan keprihatinan Malaysia tentang keadaan di Myanmar itu.
"Kami akan dapatkan tarikh paling cepat untuk pertemuan itu bagi membincangkan isu Rohingya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Konsul Asia Timur Ficac keempat di sini hari ini.
Jumaat lepas, kira-kira 1,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Myanmar di sini bagi membantah kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di negara itu.
Mengenai persidangan itu, Reezal menasihati konsul kehormat supaya melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan tentang politik antarabangsa agar mereka lebih faham tentang sesebuah negara. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
#Rakhine
#Reezal Merican Naina Merican
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan