awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi umum inisiatif lanjut visa lawatan tamat tempoh selama 30 hari

Bernama
Bernama
28/07/2025
08:30 MYT
Arab Saudi umum inisiatif lanjut visa lawatan tamat tempoh selama 30 hari
Inisiatif itu menawarkan tempoh kelonggaran selama 30 hari bermula 1 Safar 1447 Hijrah, tertakluk kepada bayaran yuran dan denda yang ditetapkan. - Gambar fail
RIYADH: Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi mengumumkan inisiatif untuk melanjutkan semua jenis visa lawatan yang tamat tempoh bagi tujuan meninggalkan negara itu.

Ringkasan AI
  • Visa lawatan yang telah tamat tempoh boleh dilanjutkan selama 30 hari bermula 1 Safar 1447H (26 Julai 2025), khusus untuk tujuan keluar dari negara.
  • Pemohon perlu menjelaskan semua yuran dan denda yang ditetapkan oleh peraturan imigresen sebelum permohonan diluluskan.
  • Permohonan dibuat melalui perkhidmatan -Tawasul- di platform Absher, iaitu sistem digital Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
  • Pihak berkuasa menggesa agar peluang ini dimanfaatkan segera, kerana tiada lanjutan tambahan akan diberikan selepas tempoh berakhir.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), inisiatif itu menawarkan tempoh kelonggaran selama 30 hari bermula 1 Safar 1447 Hijrah, tertakluk kepada bayaran yuran dan denda yang ditetapkan.
Direktorat memaklumkan bahawa individu yang terlibat boleh memanfaatkan inisiatif ini dalam tempoh yang dinyatakan dengan membuat permohonan melalui perkhidmatan "Tawasul" di platform perkhidmatan elektronik Kementerian Dalam Negeri, "Absher".
Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar mengambil peluang dalam tempoh yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#lanjutkan visa lawatan
#bagi tujuan meninggalkan negara itu
#kelonggaran visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan