awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2024
01:15 MYT
Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau “sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan". - Foto x/Republicans against Trump
CALIFORNIA: Bintang filem aksi dan bekas Gabenor California dari parti Republikan, Arnold Schwarzenegger, mengumumkan sokongannya kepada calon Demokrat, Kamala Harris, untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau “sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".
Bintang filem 'Terminator' itu menyatakan rasa kecewa terhadap segelintir Republikan yang enggan menerima kekalahan Donald Trump dalam Pilihan Raya 2020.
Beliau juga mengkritik calon Republikan yang menyifatkan AS sebagai “tong sampah dunia".
Beliau turut menyatakan bahawa kedua-dua parti gagal menangani defisit belanjawan AS.
Selain itu, beliau juga menyalahkan beberapa dasar Demokrat yang menyumbang kepada peningkatan jenayah.
Schwarzenegger meluahkan keinginan untuk "berhenti mengikuti" perkembangan politik, namun beliau merasakan tanggungjawab untuk terus ambil peduli kerana baginya, “menolak keputusan pilihan raya adalah tindakan tidak patriotik”.
Beliau menambah, menyifatkan AS sebagai "tong sampah dunia" adalah amat tidak patriotik dan sangat menjengkelkan baginya.
Schwarzenegger berkata bahawa kerana prinsip ini, beliau memilih Kamala Harris dan Tim Walz dalam pilihan raya.
Trump sebelum ini mengeluarkan kenyataan "tong sampah" dalam kritikannya terhadap pengurusan sempadan AS-Mexico oleh pentadbiran Biden dan Harris, dengan mendakwa penguatkuasaan yang longgar membenarkan negara lain “membuang orang yang mereka tidak mahu” ke AS.
Topic Berkaitan
#Arnold Schwarzenegger
#Kamala Harris
#calon presiden
#Demokrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan