awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia mansuh peraturan pemakaian pelitup muka di lapangan terbang

Bernama
Bernama
15/06/2022
06:52 MYT
Australia mansuh peraturan pemakaian pelitup muka di lapangan terbang
Kerajaan Australia mengesahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang tetapi masih perlu ketika berada di dalam pesawat. - Gambar hiasan
CANBERRA: Kerajaan Australia mengesahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang tetapi masih perlu ketika berada di dalam pesawat, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan pada Selasa malam, kerajaan persekutuan mengumumkan bahawa atas nasihat Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC), arahan memakai pelitup muka di terminal lapangan terbang akan dimansuhkan mulai Sabtu.
Bagaimanapun, pengembara masih perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat untuk mencegah penularan COVID-19.
"Kerajaan menyatakan bahawa AHPPC mengesyorkan rakyat Australia terus memakai pelitup muka sebagai langkah utama untuk membantu meminimumkan penularan COVID-19 dan influenza," kata kenyataan itu.
Pengumuman itu dibuat ketika kes COVID-19 negara terus meningkat.
Pada pagi Rabu, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu COVID-19 dan lebih 40 kematian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#mansuh pemakaian pelitup muka
#lapangan terbang
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan