awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar al-Quran di Sweden: Iraq keluar waran tangkap terhadap Salwan Momika

Bernama
Bernama
07/07/2023
04:03 MYT
Bakar al-Quran di Sweden: Iraq keluar waran tangkap terhadap Salwan Momika
Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas. - Gambar/ Facebook Abiyam Plus
KAHIRAH: Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun, Sputnik memetik laporan penyiar Iraq Al Sumaria Khamis.
Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.
Pada 28 Jun, protes berlaku di perkarangan masjid Stockholm, di mana al-Quran dibakar. Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.
Insiden membakar al-Quran di Stockholm telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia. Iraq telah menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu. Ramai ketua negara, termasuk setiausaha agung Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, telah mengecam perbuatan itu.
Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sweden
#bakar al-Quran
#Iraq
#Salwan Momika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan