awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bali dibuka semula selepas tiga bulan ditutup

Agensi
Agensi
09/07/2020
13:24 MYT
Bali dibuka semula selepas tiga bulan ditutup
Pusat peranginan itu akan melalui proses pembukaan semula secara berperingkat. - Gambar REUTERS
Pulau peranginan popular di Indonesia, Bali dibuka semula pada Khamis selepas tiga bulan ditutup.
Ia sekali gus membolehkan penduduk tempatan dan pelancong asing yang terkandas di pulau peranginan itu memulakan semula aktiviti sosial sebelum ketibaan antarabangsa pada September nanti.
Sejak awal April lalu, pihak berkuasa mengarahkan pusat sosial awam termasuk lapangan terbang, semua kedai termasuk restoran dan bar serta kolam renang awam ditutup.
Kerajaan Indonesia bagaimanapun mula melonggarkan perintah tersebut pada Khamis, namun pelancong asing perlu melalui proses saringan yang lebih ketat di hotel, restoran dan di pantai-pantai.
Menurut Gabenor Bali I Wayan Koster, pusat peranginan itu akan melalui proses pembukaan semula secara berperingkat.
Untuk rekod, Bali dibuka semula kepada rakyat negara itu dan negeri-negeri lain bermula 31 Julai dan ketibaan antarabangsa pada 11 September ini.
Setakat ini, kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 70,000 dengan penambahan 2,657 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Topic Berkaitan
#Bali
#COVID-19
#dibuka semula
#Indonesia
#pusat peranginan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan