awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh bangkitkan sejarah, tuntutan kewangan dalam pertemuan dengan Pakistan

Bernama
Bernama
18/04/2025
10:34 MYT
Bangladesh bangkitkan sejarah, tuntutan kewangan dalam pertemuan dengan Pakistan
Antara perkara yang diketengahkan ialah Dhaka menuntut permohonan maaf rasmi daripada Islamabad berhubung insiden-insiden yang berlaku semasa konflik pada 1971 yang membawa kepada pembentukan Bangladesh. - Gambar/ Adobe Stock
DHAKA: Bangladesh membangkitkan beberapa isu sejarah yang belum diselesaikan dengan Pakistan semasa satu sesi pertemuan diplomatik peringkat tinggi di Dhaka pada Khamis, penglibatan pertama dalam tempoh 15 tahun antara kedua-dua negara.
Antara perkara yang diketengahkan ialah Dhaka menuntut permohonan maaf rasmi daripada Islamabad berhubung insiden-insiden yang berlaku semasa konflik pada 1971 yang membawa kepada pembentukan Bangladesh.
Selain itu, Bangladesh turut mengemukakan tuntutan berkaitan penyelesaian kewangan berjumlah US$4.52 bilion, merangkumi bahagian negara itu dalam rizab asing Pakistan sebelum kemerdekaan, dana pencen penjawat awam, serta bantuan luar yang belum diselesaikan selepas pemisahan.
"Kami telah membangkitkan isu-isu sejarah yang masih belum selesai dengan Pakistan, termasuk permohonan maaf secara terbuka semasa perang kemerdekaan 1971 dan tuntutan kewangan yang masih tertunggak," kata Setiausaha Luar Negeri Bangladesh Jashim Uddin kepada pemberita selepas mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Amna Baloch.
Menurut beliau, Pakistan memberi jaminan untuk terus berunding mengenai perkara-perkara itu, sambil menegaskan bahawa penyelesaian isu-isu ini penting bagi membina asas hubungan dua hala yang kukuh.
Amna Baloch, yang tiba di Dhaka pada Rabu bagi lawatan rasmi, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang kunjungan beliau.
Dalam mesyuarat itu, Dhaka turut menekankan isu pemulangan lebih 324,000 pelarian asal Pakistan -- dikenali sebagai "Bihari" -- yang masih menetap di kem-kem pelarian di Bangladesh lebih lima dekad selepas perang berakhir.
Bangladesh menganggarkan bahawa konflik sembilan bulan itu telah meragut nyawa kira-kira 3 juta orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Pakistan
#Hubungan dua hala
#sejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan