awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2022
02:20 MYT
Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Sebuah kenderaan ditenggelami air banjir di sebuah kawasan perumahan susulan hujan lebat di pinggir bandar Windsor di Sydney, Australia, 5 Julai 2022. REUTERS
HUJAN lebat berterusan di pantai timur Australia menyebabkan ribuan lagi penduduk di Sydney terpaksa berpindah akibat keadaan banjir bertambah buruk.
Jabatan Kecemasan Negeri mengarahkan kira-kira 50,000 penduduk di New South Wales, kebanyakannya di Sydney, berpindah selepas paras air di beberapa sungai di kawasan itu melepasi paras bahaya.
Pada Isnin, 30,000 penduduk New South Wales diarah berpindah.
Menurut Menteri Pengurusan Kecemasan Steph Cooke, keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.
"Kita masih belum dalam keadaan selamat," katanya.
Pada Isnin, kerajaan persekutuan mengisytiharkan keadaan banjir yang melanda ketika ini sebagai bencana alam bagi membolehkan bantuan kecemasan disalurkan kepada mangsa.
Pada Selasa, pasukan kecemasan akan meneruskan usaha menyelamat sebuah kapal yang terkandas akibat cuaca buruk di pesisir laut Sydney.
Banjir turut dilaporkan di Windsor yang terletak di barat Sydney.
Menurut Jabatan Kaji Cuaca, paras air ketika ini lebih tinggi daripada yang dilaporkan pada awal tahun.
Gambar yang dikongsi orang ramai di media sosial menunjukkan kebanyakan jalan dan jambatan ditenggelami air sementara pasukan kecemasan menyelamat mangsa yang terkandas dalam kereta.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#banjir New South Wales
#penduduk Sydney berpindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan