awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Punjab, Pakistan ragut sekurang-kurangnya 101 nyawa, jejas 4.6 juta penduduk

Bernama
Bernama
13/09/2025
13:22 MYT
Banjir di Punjab, Pakistan ragut sekurang-kurangnya 101 nyawa, jejas 4.6 juta penduduk
Bencana itu disifatkan sebagai paling besar dalam sejarah Punjab, menenggelamkan lebih 4,700 kampung dan menjejaskan lebih 4 juta penduduk. - AP
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 101 orang terkorban akibat banjir di Wilayah Punjab, Pakistan, lapor Anadolu Ajansi memetik pegawai Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA).
Bencana itu, yang disifatkan sebagai paling besar dalam sejarah Punjab, menenggelamkan lebih 4,700 kampung dan menjejaskan 4.57 juta penduduk, kata pesuruhjaya bantuan Nabeel Javed dalam laporan terbaharu.
Beliau berkata seramai 2.51 juta orang dan lebih 2.01 juta ternakan telah dipindahkan ke kawasan selamat.
Ketua Pengarah PDMA Irfan Ali Kathia berkata operasi menyelamat dan menghantar bantuan masih dijalankan, namun skala bencana itu telah membebankan sumber yang ada.
Secara keseluruhan sejak 26 Jun, hujan monsun lebat dan banjir telah meragut 932 nyawa, mencederakan 1,060 orang serta merosakkan atau memusnahkan lebih 8,238 rumah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir pakistan
#banjir punjab
#bencana alam
#angka korban
#penduduk terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan