awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa, anak berjaya diselamatkan selepas 12 jam terkandas akibat banjir

Agensi
Agensi
29/12/2020
13:21 MYT
Bapa, anak berjaya diselamatkan selepas 12 jam terkandas akibat banjir
Polis menggunakan helikopter bagi mencari mangsa dan menemui kanak-kanak itu dan bapanya. Foto: AP
QUEENSLAND:Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan bapanya yang mengembara menaiki pacuan empat roda di pedalaman Australia berjaya diselamatkan selepas terkandas dalam banjir.
Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas selepas pasukan penyelamat menemui mereka pada Isnin.
Operasi menyelamat kedua-dua mereka digerakkan selepas tiga rakan yang turut menyertai kembara itu keluar berjalan kaki sejauh 50 kilometer selama 12 jam untuk mendapatkan bantuan.
Media tempatan melaporkan, terdahulu kenderaan mereka tersadai akibat banjir di kawasan Mount Isa, Queensland pada petang Ahad.
Selepas bermalam di dalam kenderaan mereka sendiri, tiga rakan kepada bapa kanak-kanak itu memutuskan untuk mendapatkan bantuan di kawasan bandar.
Selepas berjalan hampir 50 kilometer, mereka akhirnya menemui sebuah balai polis dan memaklumkan kejadian itu.
Polis menggunakan helikopter bagi mencari kedua-dua mangsa.
Topic Berkaitan
#Australia
#Kanak-kanak
#banjir
#polis
#lelaki
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan