awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New Zealand bersiap hadapi Taufan Vaianu, pemindahan diperintah di Pulau Utara
Suspek gangguan seksual tren ditahan kurang 24 jam
Kru Artemis II selamat pulang ke bumi selepas misi bersejarah ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri

Bernama
Bernama
22/01/2025
15:00 MYT
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun. - Foto REUTERS
NAGANO (Jepun): Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Kejadian menyebabkan seorang lelaki tidak sedarkan diri, sementara suspek lelaki melarikan diri dari tempat kejadian, lapor Kyodo News memetik polis tempatan.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan di Stesen JR Nagano, dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa mengesahkan tidak mengenali penyerang itu.
Menurut saksi, suspek yang dipercayai membawa objek tajam, berbadan kurus dengan ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter dan dipercayai berusia sekitar 40-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tikam
#stesen kereta api
#Jepun
#kawasan ski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan