awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Agensi
Agensi
21/10/2024
03:20 MYT
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.- Instagram / Kompas.com
JAKARTA: Bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Pelantikan ini diumumkan secara langsung oleh Presiden Prabowo semasa pengumuman senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih di Istana Merdeka, di sini, pada Ahad.
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.
Pelantikan rasmi diadakan pagi Isnin.
Terdahulu, Giring mengakui walaupun mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian bagi memberikan fokus terhadap bidang politik, dia rindu untuk menghasilkan muzik.
Penyanyi kelahiran Jakarta itu mengakui, bukan mudah untuknya membuat keputusan memandangkan kedua-dua cabang itu memberikan erti dan makna tersendiri.
Berusia 41 tahun, Giring bersama kumpulan Nidji menempatkan diri sebagai antara kumpulan muzik berpengaruh dalam industri hiburan Indonesia pada sekitar 2002.
Antara lagu popular Giring bersama Nidji ialah Arti Sahabat, Jangan Lupakan dan Laskar Pelangi.
Topic Berkaitan
#kabinet
#Prabowo Subianto
#Timbalan Menteri
#Giring Ganesha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan