awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2024
00:45 MYT
Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya. - Foto X/Jad Chaaban
BEIRUT: Bekas Perdana Menteri Lubnan, Salim Al Hoss yang pernah lima kali memegang jawatan tersebut, meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Najib Mikati yang menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa.
Dalam satu kenyataan, Najib berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.
Beliau merujuk krisis itu sebagai konflik berpanjangan dengan Israel dan semakin memburuk beberapa minggu kebelakangan ini.
Lporan pula menyebut, kebimbangan disuarakan Najib ialah ketegangan antara Lubnan dan Israel yang menyaksikan kedua-dua negara saling berbalas serangan yang dibimbangi boleh bertukar menjadi perang.
Majlis menteri-menteri turut mengumumkan tiga hari berkabung bagi menghormati pemergian Salim.
Salim memegang jawatan Perdana Menteri selama empat penggal semasa negara berada dalam kancah perang saudara dari 1975 sehingga 1990.
Penggal terakhir beliau sebagai Perdana Menteri ialah pada 1998-2000.
Bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut menyifatkan Lubnan kehilangan sebutir permata yang banyak mengabdikan diri kepada negara.
Topic Berkaitan
#Salim Al Hoss
#bekas perdana menteri
#meninggal dunia
#Najib Mikati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan