awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi

Bernama
Bernama
22/03/2023
12:01 MYT
Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan "aplikasi yang diluluskan," bermakna "aplikasi sensitif pengintipan" tidak lagi dibenarkan. - Foto Freepik
LONDON: Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.
Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan "aplikasi yang diluluskan," bermakna "aplikasi sensitif pengintipan" tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.
"Persoalan yang dibangkitkan di parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada parlimen.
Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran tentang "risiko tinggi pengintipan" daripada negara yang mempunyai program siber yang menyasarkan Belanda dan kepentingannya.
Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kanada dan Belgium serta institusi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengharamkan pemasangan aplikasi itu ekoran kebimbangan terhadap keselamatan data yang mungkin diakses oleh China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#penjawat awam
#TikTok
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan