awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berhenti makan ubat, sami 'kantoi' curi seluar dalam

Agensi
Agensi
07/02/2018
11:03 MYT
Berhenti makan ubat, sami 'kantoi' curi seluar dalam
Ketua kuil memberitahu polis bahawa sami terbabit baru-baru ini didakwa telah berhenti mengambil ubat yang diberikan doktor hingga dipercayai berkelakuan aneh. - Foto Metro.co.uk
SEORANG sami Buddha dibuang dari kuil selepas didapati mencuri enam pasang seluar dalam di Suphaburi, Thailand.
Dalam video yang dirakam pada Isnin, Theeraphap Worradilok, 49, memasukkan seluar dalam yang masih basah ke dalam beg kain yang digalas sebelum meninggalkan lorong tersebut.
Pemilik kediaman, Kittisak Khajornnetikhikhun, 40, mendapati seluar dalam isteri dan anak perempuannya hilang pada sebelah petang.
Selepas memeriksa rakaman CCTV, Kittisak terkejut melihat seluar dalam yang hilang itu dicuri oleh seorang lelaki yang dianggap suci.
"Seluar dalam itu tidak mahal. Isteri saya boleh membelinya lagi, walaupun salah satu yang dicuri adalah kesayangannya.
"Para wanita di luar sana harus diberi amaran tentang 'tabiat' sami ini dan sebab itu kami melaporkannya," kata Kittisak Khajornnetikhikhun.
Ketua kuil memberitahu polis bahawa sami terbabit baru-baru ini didakwa telah berhenti mengambil ubat yang diberikan doktor hingga dipercayai berkelakuan aneh.
Menurut laporan metro.co.uk, Polis Kolonel, Phuwadit Khongpet berkata mereka akan meneruskan siasatan mencari sami itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#anak
#CCTV
#hilang
#lelaki
#polis
#siasatan
#Thailand
#undang-undang
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan