awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden ikrar tamatkan perang di Gaza

Bernama
Bernama
20/08/2024
08:01 MYT
Biden ikrar tamatkan perang di Gaza
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berikrar untuk menamatkan perang di Semenanjung Gaza dan membawa pulang tawanan.- Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berikrar untuk menamatkan perang di Semenanjung Gaza dan membawa pulang tawanan, lapor Agensi Anadolu.
"Saya akan terus berusaha membawa pulang tawanan, menamatkan perang di Gaza, dan membawa keamanan serta keselamatan ke Asia Barat," kata Biden pada malam Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat di Chicago, Illinois.
"Kami bekerja sepanjang masa...untuk menghalang perang yang lebih meluas, menyatukan kembali tawanan dengan keluarga mereka dan meningkatkan bantuan kemanusiaan serta makanan di Gaza. Untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan akhirnya mencapai gencatan senjata serta mengakhiri perang ini," katanya.
Ketika konvensyen bermula lebih awal pada Isnin, ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di Chicago mendesak penamatan sokongan AS terhadap perang Israel di Gaza, dengan lebih 40,000 rakyat Palestin terbunuh.
Penunjuk perasaan berarak melalui pusat bandar Chicago, sambil sesekali melaungkan slogan seperti "Bebaskan, bebaskan Palestin" beberapa jam sebelum Biden dijadual berucap di konvensyen itu.
"Penunjuk perasaan di jalanan, mereka ada hujahnya. Ramai orang yang tidak bersalah terbunuh, membabitkan kedua-dua belah pihak," kata Biden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat
#Joe Biden
#tamatkan peperangan di Gaza
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan