awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blinken zahir kebimbangan terhadap serbuan ke atas syarikat AS di China

Bernama
Bernama
11/05/2023
08:43 MYT
Blinken zahir kebimbangan terhadap serbuan ke atas syarikat AS di China
Blinken menekankan bahawa tindakan yang diambil China terhadap syarikat asing yang beroperasi di negara itu akan memberi kesan besar kepada keupayaannya untuk mewujudkan persekitaran perniagaan positif yang menarik pelaburan asing. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu menyuarakan kebimbangan mengenai layanan diterima syarikat Amerika dan perusahaan asing lain di China di tengah-tengah laporan serbuan ke atas firma AS, mendakwa mereka tidak dilayan dengan cara yang sama seperti syarikat China di seluruh dunia, lapor Anadolu.
"Berkenaan layanan beberapa syarikat kami dan syarikat lain di China, saya telah melihat laporan itu (serbuan) dan kami jelas mempunyai kebimbangan," kata Blinken semasa sidang akhbar dengan Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares di Jabatan Negara.
Blinken mengulas pertanyaan mengenai laporan syarikat AS beroperasi di China diserbu oleh polis di bawah undang-undang tindakan pencegahan pengintipan baharu yang menuduh mereka mengintip kerana berkongsi data dengan AS.
"Satu daripada kebimbangan kami dan ia juga kebimbangan yang dikongsi oleh ramai sekutu dan rakan kongsi ialah cara sesetengah perusahaan kami dilayan di China, yang dilayan dengan cara yang tidak sewajarnya berbanding layanan yang diterima kebanyakan perusahaan China di seluruh dunia," katanya.
Blinken menekankan bahawa tindakan yang diambil China terhadap syarikat asing yang beroperasi di negara itu akan memberi kesan besar kepada keupayaannya untuk mewujudkan persekitaran perniagaan positif yang menarik pelaburan asing.
Menurut beberapa laporan awal minggu ini, pihak berkuasa China menyerbu beberapa pejabat firma perunding antarabangsa Capvision.
Pejabat syarikat itu di Suzhou diserbu, dengan pekerja disoal siasat dan peranti pejabat diperiksa, seperti yang dilaporkan oleh Menurut laporan stesen televisyen wilayah Jiangsu.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Antony Blinken
#serbuan ke atas firma AS
#syarikat China
#pencegahan pengintipan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan