awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brunei isytihar ruang udara terhad sementara

Bernama
Bernama
27/07/2024
10:18 MYT
Brunei isytihar ruang udara terhad sementara
DCA Brunei umum kawasan dalam radius tiga batu nautika daripada lokasi tertentu di negara ini diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara. - Gambar hiasan/Unsplash
BANDAR SERI BEGAWAN: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Brunei mengumumkan kawasan dalam radius tiga batu nautika (5.56 kilometer) daripada lokasi tertentu di negara ini diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Sabtu.
Kawasan berkenaan termasuk Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei pada 29 Julai dan 4 Ogos, serta Padang Bandaran, Jalan Sultan di Kuala Belait yang terletak di barat Brunei, pada 30 Julai, kata DCA yang dipetik oleh akhbar tempatan Borneo Bulletin.
Pesawat tanpa kebenaran termasuk kenderaan udara tanpa pemandu, tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara terhad dan kegagalan mematuhi peraturan ini dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan peraturan Brunei, menurut DCA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brunei
#Jabatan Penerbangan Awam
#ruang udara terhad sementara
#Bandar Seri Begawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan