awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh tujuan penubuhan PBB, Tun M bidas lima negara kuasa veto

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/09/2019
21:34 MYT
Bunuh tujuan penubuhan PBB, Tun M bidas lima negara kuasa veto
Dr Mahathir mempersoal tempoh pemilikan kuasa veto oleh negara-negara kuasa besar di dunia ini. -Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat mempersoal tempoh pemilikan kuasa veto oleh negara-negara kuasa besar di dunia ini.
Mengkritik lima kuasa besar itu di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dr Mahathir turut membidas kuasa besar dunia yang dianggap sebagai ‘pembunuh’ kepada fungsi sebenar PBB.
Lima negara tersebut melibatkan Perancis, China, Britain, Amerika Syarikat dan Rusia, yang merupakan negara yang mengakui kemenangan pada Perang Dunia Kedua.
“Atas dasar kemenangan itu, mereka menegaskan, menjadi hak mereka untuk memerintah dunia.
"Oleh itu, mereka memberi kuasa veto kepada diri sendiri berbanding negara lain seluruh dunia menerusi organisasi yang mereka bina (PBB) -- sebuah organisasi yang mereka dakwa akan menamatkan peperangan selain penyelesaian konflik.
“Kuasa veto - mereka (negara kuasa veto) mesti tahu bahawa ia telah menentang semua prinsip hak asasi manusia yang mereka sendiri dakwa mereka yang menjuarainya.
“Ia ‘membunuh’ tujuan organisasi besar yang mereka buat. Malah, ia menyebabkan penyelesaian kepada semua konflik boleh ditolak oleh salah seorang daripada mereka.
"Sekali gus mewujudkan ideologi dalam kalangan puak-puak yang kecewa dengan usaha untuk menyelesaikan masalah,” katanya ketika debat umum di ibu pejabat PBB pada Jumaat.
Jelasnya, tindakan memveto keputusan PBB jelas menafikan kehendak hampir 200 anggota yang lain, sekali gus menunjukkan sikap tidak demokratik kumpulan lima negara anggota itu.
“Ia secara jelas dan mutlak adalah tidak demokratik. Bagaimanapun, ada di antara mereka yang mengkritik negara-negara lain di dunia ini kerana tidak demokratik atau tidak cukup demokratik.
“Berapa lama lagi untuk untuk kumpulan ini dibenarkan guna kuasa ini? Berapa lama, selamanya? Tempoh masa yang tidak dinyatakan ini seolah-olah akan kekal selama-lamanya,” jelasnya.
Beliau pada masa sama melihat, dengan wujudnya kumpulan negara veto ini, ia telah menyebabkan berlakunya persaingan pengukuhkan aset ketenteraan lantaran gentar hak kuasa besar mereka itu terhapus.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bidas kuasa besar dunia
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#negara-negara kuasa besar
#PBB
#tempoh pemilikan kuasa veto
#veto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan