awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet dikategori penyakit berjangkit mampu merebak di Vietnam

Bernama
Bernama
14/11/2022
04:37 MYT
Cacar monyet dikategori penyakit berjangkit mampu merebak di Vietnam
Vietnam merekodkan beberapa kes positif bagi pelancong yang pulang dari luar negara. - Gambar fail
HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam menyenaraikan cacar monyet sebagai penyakit berjangkit Kumpulan B, iaitu penyakit berjangkit berbahaya yang mampu merebak dengan cepat dan mungkin menyebabkan kematian.
Keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan Jabatan Perubatan Pencegahan kementerian itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit dijalankan mengikut Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit berdasarkan sifatnya, kebolehjangkitan dan kadar kematian cacar monyet.
Vietnam merekodkan beberapa kes positif bagi pelancong yang pulang dari luar negara.
Cacar monyet kali pertama dilaporkan pada 1958 dan dikesan pada monyet yang dibiak bagi tujuan penyelidikan.
Sejak Mei 2022, wabak itu telah merebak ke pelbagai negara dan simptomnya hampir serupa dengan cacar.
Tempoh inkubasi cacar monyet biasanya dari enam hingga tiga belas hari, dan gejala mungkin berbeza-beza bergantung pada peringkat penyakit.
Gejala biasa cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, menggigil, keletihan, dan ruam yang kelihatan seperti lepuh di muka atau di dalam mulut atau di bahagian lain badan, seperti tangan, kaki, dada, alat kelamin atau dubur.
Penyakit ini boleh hilang dengan sendirinya dalam tempoh dua hingga tujuh hari.
Di Vietnam, penyakit berjangkit dikelaskan kepada tiga kumpulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#cacar monyet
#penyakit berjangkit
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan