awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2022
22:45 MYT
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Tedros berkata, WHO sedang bekerjasama dengan negara-negara yang melaporkan peningkatan kes untuk meningkatkan kapasiti ujian mereka dan memantau trend jangkitan cacar monyet di negara itu. - Gambar fail
GENEVA: WABAK cacar monyet yang mula diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global pada Julai lepas, kini mencatatkan jangkitan melepasi angka 70,000.
Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Majoriti kes berlaku di benua Amerika dan Eropah, sehingga kini telah mengorbankan 26 nyawa, katanya pada Rabu di Geneva, Switzerland.
Di peringkat global, kes terus menurun, tetapi 21 negara pada minggu lalu melaporkan peningkatan kes, kebanyakannya di Amerika, yang menyumbang hampir 90 peratus kes.
Katanya, WHO sedang bekerjasama dengan negara-negara itu untuk meningkatkan kapasiti ujian mereka dan memantau trend jangkitan.
"Kami bimbang tentang laporan mengenai kes yang terdapat di Sudan, termasuk di kem pelarian berdekatan sempadan Ethiopia," tambahnya.
Peningkatan jangkitan dilaporkan sejak awal Mei dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.
Lebih daripada 42,000 kes kini telah dilaporkan dari Amerika dan hampir 25,000 dari Eropah.
Wabak Cacar Monyet | Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#WHO
#seks sejenis
#Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan