awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Kes kedua dilaporkan di Vietnam

Bernama
Bernama
20/10/2022
08:18 MYT
Cacar monyet: Kes kedua dilaporkan di Vietnam
Wanita berasal dari utara Tuyen Quang itu berkunjung ke Dubai dari 29 September hingga 18 Oktober, mengalami simptom seperti demam, loya dan lepuh. - Gambar hiasan
HO CHI MINH: Seorang wanita tempatan yang pulang dari Dubai disahkan positif cacar monyet, sekali gus menjadikannya kes kedua dikesan di Vietnam, menurut Jabatan Kesihatan tempatan.
Wanita yang berasal dari wilayah utara Tuyen Quang itu berkunjung ke Dubai dari 29 September hingga 18 Oktober, mengalami simptom seperti demam, loya dan lepuh sejak 11 Oktober, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Wanita berusia 38 tahun itu dan pesakit kes pertama cacar monyet (kini dliaporkan telah sembuh) telah tinggal bersama ketika berada di Dubai.
Pusat Kawalan Penyakit Ho Chi Minh City (HCDC) dan pasukan perubatan Lapangan Terbang Tan Son Nhat bertindak mengasingkan wanita itu sejurus dia tiba di lapangan terbang.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital HCM City for Tropical Diseases bagi diagnosis dan menerima rawatan lanjut. Pesawat yang dinaiki turut dibasmi kuman.
HCDC memaklumkan pihaknya akan terus mengesan individu mempunyai hubungan langsung dengan pesakit bagi meminimumkan risiko penularan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan global berhubung wabak cacar monyet selepas kadar jangkitan meningkat di seluruh dunia, dengan lebih 35,000 kes di 92 negara dan wilayah, serta 12 kematian direkodkan setakat 15 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Vietnam
#penyakit berjangkit
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan