awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara pegawai keselamatan AS 'periksa' badan kanak-kanak cetus kemarahan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
30/03/2017
10:02 MYT
Cara pegawai keselamatan AS 'periksa' badan kanak-kanak cetus kemarahan
Tindakan seorang pegawai keselamatan melakukan pemeriksaan badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth, Amerika Syarikat mencetus perdebatan di media sosial. -Facebook Jennifer Williamson
TINDAKAN seorang pegawai keselamatan TSA (Transportation Security Administration) melakukan pemeriksaan badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth, Amerika Syarikat mencetus perdebatan di media sosial.
Rakaman video kejadian itu telah dikongsi ibunya Jennifer Williamson di laman Facebook pada Isnin lalu.
Rakaman video yang mendapat lebih enam juta tontonan itu memaparkan Aaron ‘diperiksa’ oleh seorang pegawai TSA di bilik sekuriti.
Kanak-kanak lelaki itu dilihat menjalani pemeriksaan seluruh badan - di mana dia disentuh pada bahagian ketiak, paha, pinggang, dan beberapa bahagian yang lain.
Lebih mengejutkan, pegawai itu dilihat menyentuh lebih daripada dua kali di bahagian tertentu.
Jennifer yang menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengerikan’ berkata Aaron ditahan lebih satu jam dan mereka "dilayan seperti anjing”.
Video itu kemudian mencetus kemarahan pengguna media sosial.
Netizen menyifatkan rakaman itu ‘amat tidak disenangi’ dan berkata perlakuan pegawai itu ibarat seorang pedofil.
Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan dan meminta penjelasan kenapa kanak-kanak itu diperiksa lebih dari dua minit.
Komen terhadap rakaman video kejadian yang dikongsi Jennifer Williamson di laman Facebook pada Isnin .
Komen terhadap rakaman video kejadian yang dikongsi Jennifer Williamson di laman Facebook pada Isnin .
Facebook Jennifer
Namun, ada segelintir pihak yang berkata pegawai keselamatan itu hanya melakukan tugasnya dan tidak mengandungi unsur pedofilia.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Pegawai Keselamatan
#Transportation Security Administration
#TSA
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan