awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China kuat kuasakan Perjanjian Marrakesh

Bernama
Bernama
05/05/2022
21:30 MYT
China kuat kuasakan Perjanjian Marrakesh
Perjanjian Marrakesh yang bertujuan memberi kemudahan akses kepada pelbagai bahan bacaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) buta berkuat kuasa di China mulai Khamis. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: Perjanjian Marrakesh yang bertujuan memberi kemudahan akses kepada pelbagai bahan bacaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) buta berkuat kuasa di China mulai Khamis.
China antara negara kumpulan pertama yang menandatangani Perjanjian Marrakesh selepas ia diluluskan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Jun 2013.
Pada November 2020, China telah menyelesaikan pemindaan terhadap Undang-undang Hak Cipta sebagai persiapan bagi penguatkuasaan perjanjian berkenaan.
Penguatkuasaan perjanjian itu bakal memberi jaminan lebih sempurna kepada OKU buta yang berjumlah kira-kira 17.32 juta orang di China bagi memperoleh maklumat budaya serta pendidikan secara saksama.
Menurut pegawai Jabatan Pentadbiran Hak Cipta Negara China (NCAC), pihaknya akan mengambil pelbagai inisiatif bagi mendorong pelaksanaan Perjanjian Marrakesh.
Ia termasuk menyempurnakan mekanisme sokongan, menggubal kaedah pelaksanaan yang sejajar dengan keadaan negara sendiri serta menstandardkan piawaian bahan bacaan yang dapat diakses OKU buta.
Selain itu, NCAC juga komited memperkasa kerjasama dengan WIPO dan Accessible Books Consortium (ABC) bagi merancakkan pertukaran bahan bacaan Braille di arena antarabangsa.
Setakat ini, Perjanjian Marrakesh telah dimeterai 84 pihak dari seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjanjian marrakesh
#China
#OKU
#beri kemudahan akses kepada pelbagai bahan bacaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan