awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China rampas dron dalam laut milik tentera AS di Laut China Selatan

Agensi
Agensi
17/12/2016
01:09 MYT
China rampas dron dalam laut milik tentera AS di Laut China Selatan
Kedua-dua dron bawah laut milik tentera laut AS tersebut hendak dinaikkan ke kapal Bowditch ini namun salah satunya telah dirampas tentera laut China. - Foto Reuters
Amerika Syarikat (AS) telah membuat aduan rasmi terhadap China selepas kuasa besar Timur itu merampas sebuah dron dalam laut di bawah kapal milik AS.
Portal The Telegraph melaporkan, AS memberi alasan bahawa jentera tanpa pemandu dalam yang dirampas itu digunakan untuk kerja-kerja penyelidikan laut.
Kapal USNS Bowditch sedang belayar di perairan antarabangsa pada Khamis, di luar pesisiran Filipina, ketika insiden itu berlaku. Kapal penyelidikan itu dimiliki Tentera Laut AS namun dikendalikan organisasi yang mengawal bekalan dan pengangkutan ketenteraan, Military Sealift Command.
Anak kapalnya terdiri daripada pakar marin dan saintis dari kalangan orang awam.
Kapal AS itu telah berhenti di lokasi berkenaan untuk mengambil semula dua dron itu. Ketika kedua-dua dron itu sedang dinaikkan, sebuah kapal tentera China menghampiri Bowditch dan melabuhkan sebuah bot kecil lain seterusnya bertindak merampas salah sebuah dron tersebut.
Pegawai rasmi AS berkata, mereka telah menghubungi pihak berkuasa China melalui telekomunikasi radio untuk menyatakan dron berharga AS$150,000 itu adalah hak milik AS, namun tiada jawapan diterima.
Seketika kemudian, pihak China membalas semula panggilan dengan menyatakan mereka akan kembali menjalankan operasi seperti biasa.
“Jentera dalam laut kami itu (sedang menjalankan penyelidikan ketenteraan secara sah di laut China Selatan. Ia adalah jentera yang padanya jelas tertera dalam Bahasa Inggeris – tidak boleh dialihkan daripada air,” kata pihak AS.
Dron berkenaan adalah sebahagian daripada program tidak sulit bagi mengumpul data berkaitan laut, termasuk tahap kemasinan, suhu dan kejernihan air. Semua maklumat itu digunakan sebagai data sonar tentera AS, memandangkan bunyi dipengaruhi faktor-faktor berkenaan.
Tindakan China tersebut membimbangkan AS kerana seolah-olah menunjukkan kebangkitan kuasa tentera China yang menggunakan kaedah agresif bagi mengawal Laut China Selatan.
AFP pula melaporkan, piihak Pentagon sudah membuat bantahan terhadap tindakan China itu selain menyatakan bahawa walaupun rampasan itu dibuat dengan cara yang tidak melibatkan kekerasan, ia tetap suatu yang tidak pernah dan tidak sepatutnya berlaku.
Topic Berkaitan
#AS
#China
#dron bawah laut
#dron penyelidikan
#Laut China Selatan
#tentera Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan